8 Kecerdasan Membentuk Muslim Superior

BX Price:
RM 10.90

RRP: RM 22.00

Savings: RM 11.10 (50%)

NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

"Buku ini adalah untuk mereka yang mahu meningkatkan kecerdasan dan ‘kuasa sukses' dalam diri. Sejarah ilmuwan-ilmuwan lslam yang diceritakan adalah menarik dengan kandungannya yang mudah difahami. Buku ini perlu dimiliki oleh setiap Muslim bagi menjadi ‘superior’ lantas menggandakan tahap sukses dalam kehidupan seharian mereka." Fadzli Yusof, Master Trainer NLP, Global Genius Consultant Sdn Bhd

"Pada awalnya ketika membaca buku ini, saya sangkakan ia karya penulis-penulis Islamik dari Indonesia. Ini kerana, banyak bahan bacaan motivasi mereka sungguh kreatif dan membakar semangat pembaca. Namun, 8 Kecerdasan Membentuk Muslim Superior adalah karya seorang anak muda dari Malaysia yang mempunyai keunikan tersendiri. Banyak buku biografi tokoh-tokoh saintis lslam era Abbasiah dan seumpama dengannya sudah saya baca. Namun, gaya penulisan Tuan Muhamad Akhmal nyata berbeza, segar, dan sememangnya menterjemahkan siapa beliau baqi menulis mengenai topik besar ini. Tidak semua orang yang mengkaji sejarah, merujuk kepada sumber yang tepat dan berautoriti. Tidak semua yang mampu mermbuat rujukan pula mampu mempersembahkan hasil pembacaannya dengan kreatif dan mengesankan pembaca. Dengan corak penulisan yang menyegarkan minda dan membakar semangat pembaca khususnya anak-anak muda, saya kira buku ini menjadi naskhah pertama yang membawa penulis muda ini ke gerbang dunia penulisan Islamik yang lebih besar dan mencabar. Tahniah! Buku ini membantu saya untuk terus mencintai sejarah dan membantu para pembaca membetulkan paradigma mereka pada sejarah. Bahkan, paradigma mereka kepada tokoh-tokoh besar yang sebenarnya digelapkan Eropah daripada dikenali oleh para pelajar Muslim yang menekuni bidang sains dan seumpama dengannya.”
Muhamad Syaari Ab. Rahman, Penulis Buku Bestseller "Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh" Personaliti Radio IKIM.fm

view more

Donate this book to your selected Charity