Aku Suka Dia

by: Julees
BX Price:
RM 6.90

RRP: RM 21.00

Savings: RM 14.10 (67%)

NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

Hubungan yang asalnya sekadar hanya kenal raut wajah, mula bertukar mesra gara-gara Ian Zachry kononnya sengaja mahu menjadikan Hara orang suruhannya sebagai cara untuk Hara membayar ganti rugi atas kerosakan kereta Ian Zachry. Dalam diam, Ian Zachry menyimpan perasaan terhadap Hara. Cukup sekadar Hara menunjukkan wajah, sudah mampu buat Ian Zachry tersenyum senang. Namun kewujudan Fajar yang Ian Zachry sendiri tidak pasti apa hubungannya dengan Hara, buat hati Ian Zachry rasa tercabar. Hara hanya akan menjadi miliknya. Hanya dia. Bukan lelaki lain. “Gila ke aku ni? Aku suka dia? Tidak!!!” Hara yang seboleh mungkin menidakkan perasaannya akhirnya akur yang dia juga punya perasaan yang sama seperti Ian Zachry. Hubu-ngan mereka naik satu anak tangga lagi biarpun keluarga Ian Zachry tidak merestui. Namun Ian Zachry tetap mahu memperisterikan Hara. Tapi, di saat hari bahagia semakin hampir, Hara hilang tanpa khabar berita. Dan dendam Ian Zachry mula bertapak di hati. Masa berlalu. Hara dan Ian Zachry bertemu lagi atas nama majikan dan pekerja. Pembalasan dendam Ian Zachry bermula. Lebih malang lagi, Hara terpaksa menerima Ian Zachry sebagai suami. Berjayakah cinta Hara dan Ian Zachry bersatu? Siapakah Fajar di hati Hara? Atas dasar apa Hara menghilangkan diri? Sejauh mana dendam Ian Zachry mampu mengatasi rasa cintanya kepada Hara?

view more

Donate this book to your selected Charity