PRODUCT OVERVIEW
product description
Syaitan dapat masuk ke dalam diri manusia melalui dua pintu utama, iaitu subahat dan syahwat. Seseorang itu tidak melakukan sesuatu maksiat kecuali dari dua pintu tersebut. Dua perkara itu merupakan penghalang sehingga seseorang muslim tidak lagi mendapat kered haan Allah untuk masuk syurga dan menjauhi dari neraka.
Segala tindakan dan tingkahlaku umat Islam itu mencermin akhlaknya. Sejauh mana yang dipaparkan kaum Muslimin itu, de mikianlah yang ditafsirkan oleh yang memandangnya. Oleh itu umat Islam semestinya mentaati segala suruhan Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya.
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih