Berdamai Dengan Ketidakpastian

BX Price:
RM 32.00
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Only 5 units left

PRODUCT OVERVIEW

product description

“Ah, tertekan betul tengok kehidupan orang lain!”
“Sampai bila aku nak hidup seorang diri macam ni?”
“Mampu ke aku survive dengan gaji ni sampai hujung bulan nanti?”

Ada antara kita pasti pernah dihambat rasa tidak tenang melampau akibat kerisauan dan ketakutan terhadap hal-hal yang tidak pasti.

Segala persoalan yang muncul dalam hidup, tidak kiralah tentang masa lalu ataupun masa hadapan, semuanya seperti tidak berpenghujung.

Akhirnya, kita hilang harapan.

Hakikatnya, tiada siapa yang tahu apa akan berlaku dalam hidup mereka.

Laksana Yusuf AS tertanya-tanya tentang nasibnya yang bersendirian.
Persis Maryam berhadapan tanggapan masyarakat yang mudah mengata.
Bagai Musa AS meragui kemampuan dan kebolehan dirinya yang masih muda.

Melalui buku ini, Imran Zaki menampilkan kisah-kisah al-Quran sebagai pedoman dalam usaha menghadapi ketidaktentuan dalam kehidupan. Setiap rasa yang dilalui dikupas penuh empati dengan sulaman solusi al-Quran secara halus dan berhati-hati.

"Allah SWT mempunyai segala sifat yang sempurna dan tidak akan pernah mengecewakan sesiapa pun . Allah SWT itulah al - Wakil, yang Maha Mewakili dan Pemelihara - yang paling dipercayai untuk kita serahkan apa sahaja."


Buku ini kepada siapa?

Buku "Berdamai dengan Ketidakpastian" oleh Imran Zaki adalah karya bantu diri dan pembangunan peribadi yang bertujuan memberi inspirasi kepada pembaca untuk mencari ketenangan dan kepuasan dalam dunia yang tidak menentu seperti:

  • Golongan muda dan dewasa yang sedang melayari tempoh peralihan dalam hidup mereka, seperti memulakan pekerjaan baharu, berpindah ke bandar baharu atau menamatkan perhubungan.
  • Individu yang bergelut dengan kebimbangan, tekanan atau ketidakpastian dalam kehidupan peribadi atau profesional mereka dan sedang mencari panduan tentang cara mengurus cabaran ini.
  • Pembaca yang berminat dalam kesusasteraan bantu diri dan pembangunan peribadi dan mencari nasihat dan pandangan praktikal tentang cara memupuk kedamaian dan kebahagiaan dalaman.

view more

Donate this book to your selected Charity