PRODUCT OVERVIEW
- ISBN 9789672459552
- Categories BX, BXOS, CONSIGNMENT-IMANSHOPPE, Malay Books, MY Bestsellers, Ramadhan Reads, SELECTX
- Author(s) Suraya ROR
- Publisher Iman Shoppe
- Pages 230
- Format Paperback
- Dimensions 21.1cm x 1.7cm x 14.9cm
- Weight 0.26 kg
product description
Fasa menjadi seorang dewasa adalah proses yang tidak pernah diajarkan oleh guru mahupun keluarga kita. Dari sekian banyak pelajaran yang tidak pernah diajarkan,, pengurusan kewangan antara yang paling kritikal kerana ia mempunyai impak yang besar kepada seluruh kehidupan jika tidak dikendali dengan baik.
Habis belajar, tiba-tiba terus terbeban dengan hutang pengajian. Pendapatan tak tentu ada, hutang yang ada. Menjadi dewasa bukan bermula dengan kosong, tetapi negatif.
Nasihat-nasihat kewangan yang ada di sosial media pula memang ada yang membantu, tetapi kebanyakkan lebih banyak menjatuhkan motivasi. Seolah-olah, keadaan kita yang bermasalah dengan kewangan ini, semuanya berpunca dari sikap kita semata-mata. Tanpa mengambil kira cabaran dan keadaan ekonomi hari ini.
Suraya dengan rasa empati cuba mendekati kelompok ini; memberik cadangan yang paling praktikal untuk diikuti. Dia faham benar keadaan ini kerana dia juga sama seperti dahulu. Mencari cara terbaik untuk menguruskan kewangan.
Bahkan menariknya, perjalanan mencari cara terbaik itu didokumentarikan Suraya melalui websitenya Ringgit Oh Ringgit. Cara bagaimana yang menjadi, kaedah apa yang gagal, semuanya dikongsikan.
Ini memberikan satu harapan kepada pembaca bahawa sebenarnya masih ada jalan untuk mengubah nasib. Walaupun tanpa bergantung harap kepada nasib semata-mata; tiba-tiba menang hadiah atau dapat duit harta pusaka.
Menemukan bahagia yang sederhana ketika menguruskan kewangan. Tidak semestinya kita mesti bergaji besar atau berniaga dengan untung berjuta-juta untuk menjadi bahagia.
Buku ini sesuai buat mereka yang:
- Rasa kecewa, frustrated & disempowered apabila tidak dapat bersedia untuk menjadi dewasa. Khususnya apabila ia melibatkan pengurusan kewangan. Tidak pernah dipelajari di sekolah, mahupun oleh keluarga.
- Keliru dengan bahan & advices berkaitan pengurusan kewangan yang ada. Kebanyakan nasihat seolah-olah tidak berpijak di bumi yang nyata. Bahkan ada ‘penasihat’ kewangan yang gagal berempati dengan nasib anak muda yang terpaksa berhadapan cabaran ekonomi hari ini.
-
Sedar pentingnya kedudukan kewangan yang stabil untuk menjalani kehidupan yang baik. Walaupun duit bukan segalanya, tetapi segalanya lebih mudah dengan adanya duit. Jika masalah kewangan gagal ditangani, ia akan memberi kesan kepada semua aspek kehidupan yang lain.
Objektif buku:
- Belajar untuk memahami cara fikir yang tepat dalam menguruskan kewangan diri/keluarga.
- Mengenalpasti kesilapan dan salah faham yang dilakukan apabila mengurus kewangan.
- Belajar memilih dan menentukan kaedah menguruskan kewangan yang paling sesuai dengan diri sendiri; mencipta peraturan kewangan sendiri.