Buku Aktiviti Farah & Farhan: Alam Semesta Dalam Al-Quran

BX Price:
RM 15.00
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

15 units available

PRODUCT OVERVIEW

product description

Buku di luar, permainan di dalam! 

Melalui sebuah buku, kanak-kanak boleh bermain, belajar dan menjadi kawan kepada Al-Quran! 

Dalam Buku Aktiviti Farah dan Farhan, anak-anak dapat menampal, mewarna, melukis, menconteng, memadan dan melipat bertemakan Alam Semesta Dalam Al-Quran.  

Kanak-kanak mesti akan leka memadankan stiker gambar sebenar dan sibuk belajar melipat origami. Ibu dan ayah pasti suka! 

***  

Alam Semesta Dalam Al-Quran  

Farah dan Farhan mahu meneroka alam semulajadi. Mereka mengembara merentasi daratan, pelbagai jenis lautan, memerhatikan langit dan pergi ke angkasa lepas. Semuanya disebut di dalam Al-Quran. Misi mereka bukan sahaja untuk mengembara, tetapi untuk menjaga alam semulajadi dengan menjaga kebersihan.   

Mari bermain sambil belajar mengenai alam semesta dalam al-Quran bersama Farah dan Farhan dengan semua aktiviti ini: 

Tutorial Melukis 

Menampal & Memadan 

Mewarna 

Melipat Origami 

Percuma 30 stiker gambar sebenar dan juga sekeping kertas origami! 

view more

Donate this book to your selected Charity