Cahaya

BX Price:
RM 4.90

RRP: RM 20.90

Savings: RM 16.00 (77%)

NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

Seringnya aku mengimpikan hidupku seperti Puteri Aurora yang menemui kebahagiaan setelah bertemu dengan Putera Philipnya. Namun aku sedar ia hanya sekadar impian yang tidak berjejak di bumi nyata. Aku tahu itu namun aku tetap ingin menjaring impian indah itu diam-diam di lipatan hatiku yang paling dalam dan jarang-jarang aku lawati. Aku mula mengimpikan kasih sebuah keluarga bahagia yang aku tidak pernah punya. Terlantar di sini, di Syurga Si Cantik ini... ia ibarat mimpi, dikelilingi oleh kasih sebuah keluarga yang bahagia dan sering terasa dilindungi dan disayangi.

Biarpun begitu, nasibku selalu malang dan orang yang mendampingiku turut merasa tempiasnya. Demi kasih dan sayangku kepada keluarga ini, aku harus pergi dari sini kerana aku tidak mahu keranaku, orang yang aku sayangi turut ditimpa musibah. Namun kakiku tidak mampu bergerak dan hatiku bagai enggan menurut kata lantaran telah dirantai oleh ikatan kekeluargaan yang sarat cinta, kasih dan sayang.

Oh, jika benar aku sedang bermimpi, tolong jangan kejutkan aku kerana aku ingin menjadi Puteri Aurora yang hanya bisa dikejutkan oleh Putera Philipnya... dan jika benar aku sedang terjaga, harapanku biarlah mimpi ini dijelmakan di alam realiti...

view more

Donate this book to your selected Charity