Cik Diari Hati

BX Price:
RM 6.90

RRP: RM 20.00

Savings: RM 13.10 (66%)

NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

Sorry, bang!'

Apa abang-abang? Saya nak awak basuh kasut saya yang awak pijak ni! Esok petang saya nak kasut ni kering!'

Entah kenapa hanya kerana sepasang kasut Vans berwarna putihm Shafwan Zakuan mula melancarkan perang dengan Aina Azzalea

Hei! Saya tak terima ni! Baju tu dah jatuh, dah kotor. Basuh balik!'

Selalunya apa yang akan terjadi apabila senior bertemu junior? Ya...Buli! Hanya kerana satu kesalahan, memijak kasut putih Vans Shafwan, merebak pula ke kesalahan yang lain. Bertubi-tubi denda yang dikenakan oleh Shafwan, si pelajar tahun tiga. Azzalea harus menurut perintah kerana dia masih dalam minggu orientasi dan Shafwan itu Ketua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di kolejnya.

'Kaki encik yang tendang, jadi suruh kaki encik yang basuh balik baju-baju encik yang bau luluk ni!'

Dalam menurut perintah, Azzalea melawan juga. Itu yang membuatkan Shafwan sengaja mahu menaikkan darah Azzalea kerana dia geram pula apabila Azzalea boleh menjawab dengan wajah selamba. Bagi Azzalea, segala protesnya biar Cik Diari Hati sahaja yang tahu.

Hubungan mereka tidak berakhir selepas tamat minggu orientasi. Bermula dengan nota misteri, gaduh-gaduh manja antara mereka, semakin parah dan berantakan pula jadinya. Semua itu angkara Ferdi. Ferdi tidak mahu hubungan mereka tamat di situ sahaja. Sebelum apa-apa terjadi, dia mahu melunaskan satu misi. Lalu, rancangan mula diatur.

Bila bunga-bunga bahagia kelihatan, ada pula yang tidak senang. Rihana mengatur rancangannya pula, untuk memisahkan mereka berdua. Bila kecewa menguasai Azzalea, dia terlupa diari kesayangannya tercicir di laman. Semua rahsia hati sudah terjawab kini. Diari itu sudah tidak boleh dipanggil diari lagi. Si pembaca tersenyum dan cuba menawan kembali hati si pemilik diari. Mungkinkah episod cinta bermula? Atau yang belum mula akan berakhir? Cik Diari Hati ada jawapan..

view more

Donate this book to your selected Charity