Cinta Hati Cikgu Rabbit

by: DINAZ SALSABILA
BX Price:
RM 4.90

RRP: RM 25.00

Savings: RM 20.10 (80%)

NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

Rabytha Aman adalah seorang wartawan yang berjaya dan tinggal di KL. Tetapi bila ibunya meninggal dunia, dia nekad untuk menunaikan hasrat arwahnya untuk menyelengarakan tadika ibunya di kampung. Di situ dia ketemu kembali dengan Mohd Yusoff (Jo) yang kebetulan ayah angkat anak didik kesayangannya, Siti Qistina (Girl). Banyak kenangan mereka bersama walaupun ia bukan yang membahagiakan. Untuk memastikan Girl tidak jatuh ke tangan keluarga arwah adik iparnya, Rabytha sanggup berkorban mengahwini Jo. Namun, bahagia hanya sementara. Rita kembali dan menuntut agar Rabytha melepaskan Jo. Dia rasa bahawa Jo itu miliknya. Fitnah ditabur dan Rabytha diugut. Rita juga mengupah orang untuk menculik dan membunuh Rabytha. Namun, Rabytha terselamat oleh tsunami. Dia terdampar di sebuah pulau. Disana dia dapat berita bahawa Tok Wannya telah meninggal dunia serta suaminya, Jo, telah meninggalkan Malaysia untuk belajar selama dua tahun. Dia juga disahkan mengandung. Keadaan Rabytha sangat lemah akibat ubat tidur yang diberikan secara berlebihan oleh penculiknya. Akibatnya, anak dalam kandungan menjadi mangsa. Dia dilahirkan tidak cukup bulan dan mengidap penyakit hati. Kesihatannya selalu terganggu. Rabytha tidak mahu Jo mengetahui tentang kewujudan anak mereka, Mohd Rayyan Aqmal (Ian) dan keadaan kesihatannya. Rabytha mengikat semua ahli keluarga dengan janji. Tiada siapa yang berani membocor rahsia Rabytha kepada Jo. Tetapi akhirnya, Jo dapat tahu tentang Ian dan apa yang telah Rabytha lalui. Rasa kesal menghimpit jiwanya tetapi dia masih sangsi akan rasa sayang Rabytha kerana telah terlalu lama berjauhan. Bila Ian telah selamat menjalani pembedahan dan beransur pulih, baru Rabytha berani meluahkan perasaannya terhadap Jo. Rupanya mereka telah lama mempunyai rasa sayang dan cinta, tetapi masing-masing sangat ego dan bila mereka dicuba, mereka kecundang lalu terpisah selama empat tahun.
Disappointed jugak dengan sikap Jo. Dia seorang yang berjaya dalam kerjayanya tapi ineffective dalam personal life. Dia mengutuk bapanya tetapi bapanya telah menyandang tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga selama dia tiada. Bila kebenaran telah diketahui, dia masih tidak bertindak untuk menerajui bahtera rumahtangganya. Rabytha pula terlalu degil dengan alasan yang kurang matang. Hanya masa dan pengalaman boleh mendewasakannya dirinya.

view more

Donate this book to your selected Charity