• Cinta Tak Sempurna

Cinta Tak Sempurna

by: Ezdiani Abd Rahman
BX Price:
RM 9.90

RRP: RM 26.00

Savings: RM 16.10 (62%)

NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

"Aku tak bersalah! Aku tak buat semua tu! Sumpah! Aku tak buat benda jijik ni."

Zaliya terperangkap. Sungguh, dia tidak lakukan. Dia tahu, adabnya sebagai gadis Muslimah. Harga dan maruah dirinya dijaga rapi, namun semuanya hancur apabila semua itu tercalar bila dia dituduh berkhalwat.

Demi menutup aib keluarga, dia terpaksa disatukan dengan lelaki yang langsung tidak dicintainya. Hubungan suami isteri hanya pada nama. Mana mungkin dia dapat terus berdamping dengan lelaki ego, bengis, sombong dan angkuh seperti Zahid. Apatah lagi, sikap Zahid yang acuh tidak acuh membuatkan nya rasa sedikit goyah dengan layanan Zahid.

Tanpa disedari, di hati masing-masing telah mula timbul bibit-bibit cinta.

Keegoan menjadi penghalang hubungan mereka daripada terus berputik.

Zahid sudah tidak mampu lagi untuk menipu perasaannya. Dia tepikan ego untuk memikat hati isterinya. Pelbagai cara diusahakan sehingga hati si isteri berjaya ditawan.

Namun, di saat hati mereka mula bersatu, ada sahaja rintangan demi rintangan yang menghalang hubungan mereka berdua. Cinta yang baru bermula itu kembali jauh. Kembali menampakkan jurang.

view more

Donate this book to your selected Charity