PRODUCT OVERVIEW
- ISBN 9789672459996
- Categories BX, BXOS, CONSIGNMENT-IMANSHOPPE, Malay Books, MY Bestsellers, Ramadhan Reads
- Author(s) Fakhrul Islam
- Publisher Iman Shoppe
- Format Paperback
- Dimensions 21cm x 1.5cm x 14.9cm
- Weight 0.2 kg
product description
“Aku tak sampai hati nak cakap‘tak boleh’kalau orang dah minta.”
“Dia pun berjaya buat benda tu, takkan aku tak boleh?”
Setiap hari, hidup kita seakan-akan pentas perlumbaan dalam menentukan apa yang patut kita buat, ataupun siapa yang patut kita jadi. Kita membandingkan diri dengan orang lain. Kita terkejar-kejar untuk menjadi lebih baik. Semua perkara mesti dibuat dan diberikan perhatian.
Akhirnya, kita tidak lagi mampu memberi erti kepada setiap sesuatu dilakukan, sehingga kehidupan terasa kosong.
“Banyaknya benda nak kena buat....”
Dunia moden semakin menghubungkan, tetapi kita semakin hilang ketenangan.
Mungkin sebenarnya kita perlu belajar menikmati semula hidup hari ini.
Membuang semua gangguan.
Menyusun kecamuk fikiran.
Memperlahankan dunia; duduk sebentar.
Menerusi buku ini, Fakhrul Islam membawakan perspektif al-Quran dalam mengurus keserabutan terhadap gangguan dan kesibukan dunia yang sentiasa bergerak laju, agar setiap sisi hidup terasa lebih khusyuk, tenang, lagi bermakna.
“Dalam hiruk-pikuk dunia yang melemaskan, semoga kalam Tuhan menjadi peneman yang menyamankan.”