PRODUCT OVERVIEW
- ISBN 9789675218422
- Categories Bacaan Umum, Buku Agama, BX, Malay Books
- Author(s) Hj Abdul Rahman B Mohd Adil
- Publisher Kualiti Books
- Pages 159
- Format Paperback
- Dimensions 12.9cm x 0.4cm x 18.9cm
- Weight 0.12 kg
product description
Surah al-Fatihah mengandungi pelbagai macam maksud dan panduan yang mesti difahami oleh setiap Muslim. Dengan tujuan ini surah ini memang sesuai diletakkan sebagai Ummul Kitab, pembuka bagi kitab suci al-Quran. Orang yang membaca al-Fatihah akan mendapatkan balasan pahala yang besar di sisi Allah. Terlebih lagi jika ia membacanya dengan ikhlas dan mendalami maknanya.
Al-Fatihah, ia disebut dengan cahaya, kerana di dalamnya terdapat petunjuk bagi seorang Muslim dalam semua urusannya. Jika kita mengkaji al-Fatihah secara teliti, maka kita akan mendapat banyak faedah dan petunjuk. Al-Fatihah juga disebut as-Solah, kerana al-Fatihah itu sebagai syarat sahnya solat. Selain itu, al-Fatihah disebut juga asy-Syifa'. Berdasarkan hadis riwayat ad-Darimi dari Abu Sa'id;
"Fatihatul Kitab itu merupakan syifa' (penyembuh) dari setiap racun."
Jadi sama-samalah kita memperbanyakkan membaca al-Fatihah di setiap masa baik masa senang mahupun masa susah, baik masa lapang mahupun masa sibuk, baik masa berehat mahupun masa bekerja. Bacalah al-Fatihah dan sedekahlah pada ahli keluarga terutama kedua ibu bapa kita, ianya tidak mengurangkan pahala kita, malah memberi manfaat kepada mereka dengan bacaan yang kita sedekahkan kepada mereka.
Demikian antara fadhilat dan hikmat surah al-Fatihah, di samping lain-lainnya yang bagaikan seluas samudera. Buku ini menghuraikan sebahagian sahaja daripada yang terpendam di dalam samudera al-Fatihah. Semoga ianya memberi manfaat yang berguna untuk panduan hidup kita semua.