PRODUCT OVERVIEW
- ISBN 9789670934082
- Categories Bacaan Umum, Buku Agama, BX, Malay Books
- Author(s) Ustaz Mohamad Nizam Abd Razak
- Publisher Kualiti Books
- Pages 103
- Format Paperback
- Dimensions 14.5cm x 3.0cm x 20.7cm
- Weight 0.72 kg
product description
Amalan membaca al-Quran merupakan suatu keperluan dan juga tanggung jawab secara fardhu ain kepada umat Islam untuk mahir membaca al-Quran, apatah lagi memahami dan mengamalkannya.
Justeru itu, bukan sahaja isi al-Quran yang mer panduan hidup manusia, malah membaca juga dapat menenangkan jiwa dan merupakan satu ibadat.
Menurut Ibnu Khaldun (2002) dalam kitabnya Muqaddimah menyatakan bahawa "al-Quran itu perlu dipelajari dan dibaca oleh kanak-kanak pada peringkat awal, kerana membaca al-Quran akan menanamkan benih-benih keimanan ke dalam jiwa kanak-kanak".
(Yusof Qaradhawi, 2010) menegaskan diantara manfaat membaca dan menghafal al-Quran pada masa kanak-kanak adalah, ianya dapat meluruskan lidah, membaca huruf dengan tepat, dan mengucapkannya sesuai dengan makhraj hurufnya.
Kaedah Mudah Belajar al-Quran "IQRA" merupakan kaedah yang mudah bagi kanak-kanak di peringkat awal untuk mengenal huruf dan mempelajari hukum-hukum tajwid berdasarkan kaedah BAGHDADIYAH yang sedia ada dan berpandukan penulisan RASM UTHMANI.
Untuk itu dengan rasa penuh syukur kami sampaikan dengan terbitnya buku ini. Mudah-mudahan akan memberi kelancaran kepada anak-anak bagi terus mempelajari al-Quran.