PRODUCT OVERVIEW
- ISBN 9789833669530
- Categories BX, BXOS, Novel, Novel Cinta, WBD
- Author(s) Mazemie Maz'
- Publisher BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)
- Pages 492
- Format Paperback
- Dimensions 11.4cm x 2.3cm x 18.4cm
- Weight 0.38 kg
product description
UMIZA, gadis berpendidikan tinggi yang tidak menghiraukan tentang hidup bersuami, sebaliknya lebih mementingkan tentang kerjayanya sebagai seorang arkitek di sebuah syarikat pembinaan.
Ibu bapa Rumiza pernah mencadangkan untuk menjodohkan anak gadisnya itu dengan anak Wan Mansur yang merupakan sahabat lamanya. Tetapi Rumiza menolak cadangan itu dengan alasan dia masih belum bersedia untuk berumah tangga.
Namun dalam masa yang sama, Rumiza berkawan dengan seorang jejaka bernama Faizul yang juga berjawatan arkitek di syarikat yang sama. Faizul. jejaka tampan itu diam-diam mencintai Rumiza namun memendam hasratnya kerana khuatir Rumiza enggan menerimanya atas kekurangan dirinya yang telah dibesarkan di rumah anak yatim.
Walaupun begitu, Faizul tetap menyuarakan isi hatinya dan ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan. Cintanya bersambut dan dua lwa semakin bertaut. Atas desakan keluarga Rumiza, mereka ditunangkan
Malangnya. sebelum Rumiza dan Faizul disatukan sebagai suami isteri, emak Rumiza telah meninggal dunia akibat penyakit yang serius.
Kehilangan Puan Mariam amat dirasai oleh Rumiza.
Dia sering bersendirian untuk mencari ketenangan jiwa. Rasa bersalah sentiasa menyelubungi dirinya
kerana tidak sempat memenuhi hajat emaknya
yang ingin melihat dia menaiki pelamin. Lalu dia memutuskan pertunangan dengan Faizul
Apa yang terjadi seterusnya? Dapackah Faizul menerima keputusan Rumiza sedangkan Faizul terlalu menyayangi Rumiza sepenuh hati?