PRODUCT OVERVIEW
- ISBN 9789831244098
- Categories BX, BXOS, Malay Books, Malay Fiction, Malay Romance, WBD
- Author(s) Ana Balqis
- Publisher BooKXcess Sdn.Bhd.
- Pages 494
- Format Paperback
- Dimensions 11.3cm x 2.4cm x 18.4cm
- Weight 0.4 kg
product description
MALAM itu sama juga dengan malam-malam sebelumnya, dia mendengar ayahnya membentak-bentak. Kemudian, ke dengaran tangisan emaknya sama seperti selalu. Esok, ayahnya sudah pergi buat selamanya. Sebaik sahaja habis idah, emaknya berkahwin lagi. Keputusan ini meninggalkan persoalan dan kedukaan di hatinya. Dia merajuk dan tinggal dengan bapa saudaranya. Tapi hidupnya, bagai dalam neraka. Seminggu sebelum peperiksaan STPM, gadis itu berkahwin dengan Ustaz Rashdan, sebagai jalan keluar. Malangnya, dia bukan menantu pilihan. Akhirnya, Ustaz Rashdan menjatuhkan talak ke atasnya. Namun, dia bangkit dan bertatih meneruskan hidup dengan bertemankan air mata. Itulah Asyiqin. Perempuan yang hidup dengan nafas dendam yang perlahan-lahan membakar tulus hati dan waras akalnya. Malah, dendam itu juga memerangkap dia dalam kenangan terhadap seorang wanita bernama Khalidah. Kenangan yang telah mengurungnya dalam resah berpanjangan. Hidupnya sedih, sepi dan kosong. Yang tinggal hanya harapan untuk bertemu dengan Khalidah. Akan dipeluk wanita itu dengan kata-kata ampun dan maaf. Tapi. bilakah orang yang dinanti akan menjelma? Di mana Khalidah?