PRODUCT OVERVIEW
- ISBN 9789833157068
- Categories Bacaan Umum, BX, BXOS, Malay Books, Pembangunan Diri, WBD
- Author(s) Alias HJ Muda
- Publisher BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)
- Pages 207
- Format Paperback
- Dimensions 14.2cm x 1.0cm x 21.6cm
- Weight 0.28 kg
product description
Bangunkan sikap positif untuk membina kejayaan. Untuk mengubah sikap, kita perlu mengubah perkara perkara yang mempengaruhinya. Perasaan adalah elemen yang terdekat dan paling mempengaruhi sikap. Oleh itu bagi mengubah sikap, kita perlu mengubah perasaan. Begitu juga untuk menjaga sikap, kita perlu menjaga perasaan. Perasaan perlu dijaga kerana ia mempengaruhi segala perbuatan, perlakuan atau tingkah laku lebih-lebih lagi yang ada kaitannya dengan orang lain. Perasaan adalah reaksi kita terhadap kepercayaan, pemikiran, imaginasi, janji diri dan kesedaran kita terhadap kelebihan dan kelemahan diri. Demikian juga perasaan orang lain terhadap diri kita dan perasaan kita terhadap orang lain. Mengenali dan memahami perasaan bererti mengenali dan memahami sikap atau reaksi kita terhadap orang lain, persekitaran dan dunia kehidupan seluruhnya. Sedemikian banyak dan berpengaruhnya perasaan dalam mencorakkan jalinan perhubungan dan kemesraan. Buku ini menyenaraikan sebahagian perasaan yang kita miliki dan bagaimana menguasai dan menjaganya untuk memberi kekuatan pada diri khasnya dalam usaha menjaga perhubungan