Segalanya Kuterima

BX Price:
RM 4.90

RRP: RM 22.90

Savings: RM 18.00 (79%)

NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

Mereka dilahirkan dari rahim yang sama. Namun Zara tidek pernah menyukai ataupun menyayangi adiknya, Zarina. Kehadiran Iskandar di sisi Zarina membuatkan Zara cemburu. Dia ingin menakluki Iskandar hanya kerana lelaki itu dicintai oleh adiknya. Cinta yang tersungkur di tengah jalan membuatkan hati Zarina kecewa. Namun, dia tidak menanam benci terhadap Iskandar. Dia sanggup berkorban demi Iskandar. Baik Zaro mahupun. Zarina, masing-masing tidak tahu siapakah sebenarnya yang didambakan oleh lelaki yang menjadi rebutan mereka berdua. Siapakah perempuan bernama Daphne yang tiba-tiba sahaja muncul? Aku tak sabar nak tunggu hari Isnin ni. Hari tu nanti aku mula kerja. Aku dah bosan duduk kat rumah. Mak aku asyik berleter aje. Kalau tak leterkan aku setiap hari, tak sah! Agaknya dunia ni tak lengkap kalau dia tak berleter kat telinga aku." - Zara Kini, dia tidak pernah lagi bertemu dengan Daphne sedangkan suatu ketika dahulu mereka pernah bercinta separuh mati dan begitu ngeri apabila memikirkan tentang perpisahan. Namun kenangan bersama Daphne sentiasa mekar dan diabadikan dalam jiwanya. Apakah Zarina sekadar persinggahannya setelah penat berkelana mencari cinta yang entah di mana? Atau, apakah gadis itu sekadar objek untuk menampal luka di hati yang telah terobek dek cinta yang kecundang sebelum ini?

view more

Donate this book to your selected Charity