PRODUCT OVERVIEW
product description
Peristiwa ini bermula pada 618 Hijrah (1219 Masehi). Tidak banyak yang mencatat betapa dahsyatnya serangan Mongol ke atas dunia Islam ketika itu, sehingga umat Islam hampir pupus dan bumi Islam yang luas telah berpecah-pecah kecil. Sebelumnya, umat Islam sudah 600 tahun menguasai dunia, menjadi mulia sebagai pemimpin, menguasai dan mentadbir wilayah-wilayah dan penggerak tamadun. Selepas kekala han akibat serangan Mongol, umat Islam berada dalam kehi naan. Tamadun gemilang berpusat di Baghdad, runtuh. Sayangnya kebanyakan umat Islam hari ini sudah melupa kan sejarah yang menyayatkan ini. Tidak banyak usaha untuk mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa peristiwa yang terjadi pada zaman ini. Kedahsyatan peristiwa ini begitu luar biasa, sehingga hari ini kita tidak akan dapat membayangkan dengan sepenuh nya. la bagaikan taufan kegelapan besar melanda negeri negeri umat Islam, memusnahkan apa sahaja. Bagi yang terlepas, berasakan lebih baik mati daripada hidup, kerana getirnya kesengsaraan yang mereka alami.