• Tafsir Surah Ad-Dukhan dan Juzuk 25

Tafsir Surah Ad-Dukhan Dan Juzuk 25

BX Price:
RM 25.00
NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

  • ISBN 9789674813727
  • Categories BX, Malay Books, Novel
  • Author(s) HAMKA
  • Publisher PTS Publishing House
  • Pages 184
  • Format Paperback
  • Dimensions 15.2cm x 1.0cm x 22.9cm
  • Weight 0.25 kg

product description

Tafsir Surah Ad-Dukhan dan Juzuk 25 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab.

Tafsir Surah Ad-Dukhan dan Juzuk 25 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 25, iaitu Surah Ad-Dukhan, Fussilat, Asy-Syura, Az-Zukhruf, dan Al-Jathiyah. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

view more

Donate this book to your selected Charity