PRODUCT OVERVIEW
product description
Nama-nama seperti Sigmund Freud, Carl Rogers, Albert Ellis dan Eric Berne terkenal dengan teori kaunseling & psikologi yang menjadi rujukan kaunselor seluruh dunia. Walaupun teori-teori Barat seperti psikoanalisis, humanistik, kognitif & tingkah laku sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan huraian al-Ghazali, tetapi ia tidak bertituk tolak daripada akidah tauhid.
Teori Kaunseling al-Ghazali muncul dan berasaskan huraian sifat-sifat manusia. Kedatangan Imam al-Ghazali yang melakukan anjakan paradigma adalah bertepatan bagi melihat kaunseling daripada perspektif Islam.
Antara topik yang dibincangkan:
Model kaunseling berasaskan sifat manusia
Persamaan & perbezaan teknik kaunseling
Langkah-langkah & prasyarat kaunseling model al-Ghazali.