Wahabi Sesatkah Mereka?

BX Price:
RM 6.90

RRP: RM 20.00

Savings: RM 13.10 (66%)

NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

Dalam artikel yang ditulis di libyan-national-movement.org/article.php?artid=2630, Dr. Yusuf al-Qaradawi dilaporkan berkata, Wahabi adalah gerakan fanatik buta yang menganggap gerakan mereka paling benar tanpa salah dan menganggap yang lain selalu salah tanpa ada kebenaran sedikit pun.

Dr. Wahbah Zuhaili dalam wawancara bersama TV al-Jazeera menyatakan, Wahabi adalah orang yang suka mengkafi rkan majoriti Muslim selain dirinya sendiri.

Wahabi sesatkah mereka?

Namun, perkara yang luar biasa, ada pula rekod yang berbeza daripada kedua-dua tokoh perihal Muhammad bin Abdul Wahab. Beliau adalah individu yang dikaitkan sebagai pemula gerakan Wahabi. Bahkan, nama Wahabi itu dinisbahkan kepada nama bapanya, Abdul Wahab.Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata, “…Beliau memelihara benteng tauhid daripada syirik yang mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya, menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara itu, serta bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik.”

Dr. Wahbah Zuhaili juga pernah memujinya dalam Risalah Mujaddid al-Din Qarn al-Thani 'Asyar dengan menyebut, "…Beliau adalah suara kebenaran yang berani, pendakwah terbesar bagi islah atau pembaikian, membina umat, jihad, dan mengembalikan individu Muslim supaya berpegang pada jalan salafus soleh yang terbesar, iaitu dakwah Muhammad bin Abdul Wahab pada kurun ke-12 hijrah...."

Buku ini menyeimbang dan membongkarkan pendapat yang begitu berlawanan antara penyokong dan lawan Wahabi. Buku ini juga cuba berlaku adil bagi memahami motif antara pertentangan yang timbul antara mereka.

view more

Donate this book to your selected Charity