PRODUCT OVERVIEW
- ISBN 9786297564579
- Categories Bacaan Umum, BX, Consignment-PTS, Malay Books, Malay Non-Fiction, Malay Publisher, MY Bestsellers, Pembangunan Diri
- Author(s) Catherine Crawford
- Publisher PTS Publishing House
- Pages 224
- Format Paperback
- Dimensions 15.24cm x 1cm x 22.86cm
- Weight 0.3 kg
product description
Chaterine Crawford, seorang ibu kepada dua orang cahaya mata, lelah dengan budaya ibu bapa gaya Amerika yang terlalu bertoleransi dan sering bergelut dengan pilihan bersama anak-anak. Hasil sikap berlembut secara berlebihan bukan sahaja merumitkan rutin hariannya, malah sedikit sebanyak menghasilkan anak yang bersikap memberontak dan tinggi kehendak. Selepas mengkaji dan mendekati budaya parenting gaya Perancis, beliau kagum dengan tata tertib dan adab yang tinggi yang ada pada kanak-kanak mereka. Anak-anak yang dibesarkan dengan gaya Perancis memang terkenal duduk tertib ketika makan malah tidak cerewet dalam memilih makanan ataupun tantrum ketika membuat keputusan saat bermain dan berkongsi mainan. Walaupun buku ini mendedahkan kaedah membesarkan anak gaya Perancis, penulis juga tidak menolak sepenuhnya gaya pendidikan yang lain. Baca perkongsian lanjut beliau mengenai apa yang boleh dipelajari dengan cara pendidikan orang Perancis dalam membesarkan anak-anak di rumah.